Selamatkan Diri Anda Dari Menjadi Salah Seorang Dari MANGSA Pembohongan Ini!
Anda dijanjikan wang berjuta-juta dari Internet…kekayaan sekelip mata dari Internet, namun…
AMARAN!…tidak semuanya BENAR, dan hakikatnya kebanyakannya adalah pembohongan semata. Ketahui lima pembohongan TERBESAR tersebut…secara langsung di dalam laporan ini.
Salam sejahtera,
Ianya berada disekeliling anda, sedar atau tidak ianya sedang ‘menguasai’ anda. Ya, janji-janji manis, kononnya hidup anda akan berubah melalui Internet.
Dengan Internet, anda boleh menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Dengan Internet, kononnya esok lusa wang berjuta-juta akan jatuh ke riba anda dalam sekelip mata.Dengan Internet…pelbagai lagi mitos-mitos yang dilontarkan,memberi seribu satu janji manis kepada anda, bahawa kekayaan itu akan menjadi realiti dalam masa yang singkat…
melalui Internet.
Anda dihidangkan dengan ‘kisah-kisah manis’ jutawan-jutawan Internet, yang pada akhirnya hanya meninggalkan impian kepada anda, dan anda terumbang-ambing mencari halatuju
anda sendiri.
Ketahuilah, ada yang benar dan ada yang tidak. Dan pada hari ini, terus ke mata hidung anda sendiri, anda akan ‘dihidangkan’ dengan lima pembohongan TERBESAR mengenai
perniagaan Internet.
Pastikan anda membacanya dalam keadaaan yang tenang, tanpa sebarang gangguan luar kawalan anda. Fokus 101% kepada apa yang akan saya laporkan kepada anda ini. Kerana ia mungkin akan mengubah cara berfikir anda, mind-set anda terhadap penjanaan kekayaan melalui Internet.
Semoga ‘kesilapan lama’ tidak berulang lagi, untuk kali yang kedua. Semoga anda tidak akan tertipu lagi dengan janji-janji manis kekayaan segera melalui Internet.
p.s: Apa yang ditulis di dalam laporan ini adalah hasil dari pengalaman saya yang telah melalui zaman pahit dan manis menjalankan perniagaan Internet sendiri, dan pengamatan saya terhadap situasi yang pernah berlaku di dalam masyarakat Malaysia sendiri berkaitan dengan
perniagaan dan penjanaan wang melalui Internet.
Pembohongan # 1 : Apa Saja Produk Yang Anda Jual PASTINYA Akan Terjual Sekaligus Laris Di Pasaran!TIDAK sama sekali.Jika terdapat mana-mana ‘guru’ perniagaan Internet yang berkata demikian di dalam seminar perniagaan Internet mereka, sila tinggalkan seminar mereka dengan segara.
Minta kembali wang anda (jika terdapat refund di dalam polisi mereka).
Inilah pembohongan yang teramat nyata di dalam perniagaan Internet. Jika anda memiliki mind-set sebegini, sila betulkan dengan segera. Ini kerana…
Produk Yang Anda Jual YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI DI DALAM PASARAN Yang Pastinya Akan Terjual!
Jangan sesekali membuat tanggapan yang produk yang anda akan jual akan mendapat sambutan dari pembeli.Never assume.
Katakan anda menjual produk batik, anda membuat anggapan yang produk anda akan laku di pasaran US kerana disana disebabkan produk anda sukar didapati, maka ianya akan
mendapat sambutan.Tidak sama sekali.Sebelum melaksanakan sesuatu idea baru, apa yang anda perlu lakukan adalah menanyakan diri anda sendiri;
1. Adakah produk anda mempunyai permintaan?
2. Jika YA, adakah produk anda mudah dijumpai di pasar biasa (offline) atau tidak?
3. Adakah produk anda menyelesaikan masalah-masalah di dalam pasaran anda?
Formula ringkas untuk membina sesebuah produk sebelum memasarkannya di dalam pasaran target adalah;
1. Memasuki mana-mana pasaran, cuba untuk memahami pasaran tersebut dengan menyertai kumpulan perbincangan mereka seperti online forum, message board, dan juga group-group
seperti Yahoo! Group dan juga Google Group.
2. Ketahui masalah UTAMA pasaran yang anda masuki tersebut.
3. Dalami masalah mereka, dengan cara melakukan kajian seperti online survey. Cara ini boleh dilakukan samada dengan melakukan secara direct di forum tersebut atau mengumpulkan list emel prospek (melalui teknik squeeze page dan mengiklankannya melalui Google Adwords atau signature files di forum).
Tanyakan soalan seperti 'Apakah masalah TERBESAR anda _ _ __ _ _?' Sebagai contoh disini, saya pernah menggunakansoalan 'Apakah yang menyebabkan anda masih lagi tidak menjana pendapatan melalui Internet?'
4. Setelah anda mengumpulkan soalan-soalan dari prospek anda, tiba masanya anda mencari PENYELESAIAN kepada masalah mereka. Ia samada anda mencipta produk anda sendiri atau
menggunakan produk orang lain seperti promosi affiliate atau membeli pakej Resell Rights atau PLR (Private Label Rights).
Tugas anda seterusnya adalah MENJUAL! Ulangi proses yang sama untuk pasaran niche lain, atau anda boleh fokus kepada niche sedia ada dengan menambah pelbagai lagi pilihan
produk (back-end selling).
NOTA: Di dalam panduan TeknikNiche, saya akan menceritakan kepada anda dengan LEBIH MENDALAM lagi bagaimana untuk mencari sesuatu pasaran niche, menentukan samada pasaran tersebut menguntungkan, dan juga banyak lagi! Anda boleh mendaftar dengan menjadi VIP List TeknikNiche di:
www.TeknikNiche.comPembohongan # 2 : Anda Perlu Pakar Dalam Kod HTML dan Kemahiran Teknikal Lain Sebelum Boleh Memulakan Perniagaan Internet Anda Sendiri.Saya mungkin akan 'dihentam' oleh beberapa usahawan Internet kerana pembohongan kedua ini.Satu lagi pembohongan yang nyata. Secara jujurnya, sehingga kini saya masih lagi tidak tahu bagaimana untuk meletakkan kod autoresponder dengan baik pada laman web saya dan tidak
pandai untuk memasang skrip affiliate ke laman web saya, namun pada masa yang sama saya telah menjana pendapatan lebih dari 5 angka dari laman web tersebut!
Kunci disini adalah : Fokus kepada kekuatan yang anda ada,yang lainnya, gunakan kekuatan orang lain yang lebih mahirdalam subjek tersebut.Sebagai contoh jika anda seorang penulis ebook, dan kekuatan anda adalah di dalam penulisan manakala kelemahan anda adalah bahagian teknikal, jangan fokus kepada kelemahan anda.Fokus kepada kekuatan anda menulis isi kandungan ebooktersebut. Terlalu memikirkan hal-hal yang diluar keupayaan anda akan menjejaskan tumpuan anda kepada kekuatan anda,yakni penulisan.
Jadi apa penyelesaiannya?
Gunakan teknik leverage!Leverage Other People’s Expertise
Leverage Other People’s Time
Leverage Other People’s Money
Mungkin ada di antara anda pernah mendengar apa yang saya nyatakan diatas. Ya, ianya telah banyak dibincangkan oleh Robert Kiyosaki di dalam siri buku RichDad nya. Saya tidak mahu mengulangi apa yang diperkatakan oleh beliau, namun apa yang saya ingin tekankan disini adalah menggunakan teknik leverage other people’s expertise adalah penyelesaian terbaik untuk mengatasi kelemahan anda dari segi kemahiran teknikal. Anda boleh pilih, samada untuk menggunakan wang atau tidak di dalam situasi ini. Jika anda mempunyai modal yang lebih,
menggunakan wang sebagai pertukaran mungkin tidak menjadi masalah bagi anda. Cara ini lebih dikenali sebagai outsourcing.
Namun, untuk anda yang kekangan bajet, anda mungkin boleh menggunakan teknik bartering, dengan bertukar barang dengan barang.
Sebagai contoh Samad memberikan khidmat mereka logo untuk laman web anda, dan sebagai balasan yang setimpal dengan nilai, anda memberikan khidmat menulis surat jualan secara percuma kepada laman web Samad. Disini tiada wang digunakan, hanyalah servis (atau kelebihan individu) yang menjadi mekanisma pertukaran (yang bijak). Kenalpasti kekuatan anda, fokus kepada kekuatan tersebut dan jadikan ianya sebagai mekanisma utama anda untuk
mengaplikasikan teknik leverage ini. Ingat, tujuan laman web anda adalah untuk MENJUAL, dan bukannya untuk memenangi “Web Design Of The Year Award”. Jangan rumitkan diri anda dengan mempelajari perkara yang tidak akan membawa kepada manfaat kepada laman web anda.
Pembohongan # 3 : Membeli Ebook-Ebook Panduan Internet AKAN Menjadikan AndaJutawan!
“You see, in life, lots of people know what to do but few people actually do what they know. Knowing is not enough!You must take action.”
-Anthony Robbins
Ya, mungkin ini boleh ditafsirkan sebagai pembohongan tahap nyata.
Hukum alam. Jika anda hanya membeli, membaca, membeli lagi dan membaca, TANPA tindakan, anda sebenarnya tidak akan membina apa-apa kemajuan di dalam perniagaan Internet anda. Anda mungkin kaya dari segi pengetahuan, tetapi anda tidak kaya dari segi tindakan.Anda tahu cara A akan membantu anda meningkatkan jualan ke laman web anda, namun atas sifat sentiasa ‘dahagakan ilmu’,anda menangguhkan cara yang anda baca tersebut untuk mempelajari cara seterusnya di dalam ebook terbaru yang baru dilancarkan di pasaran.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Tidak kiralah betapa hebatnya sesebuah ebook panduan itu,walaupun ianya membongkarkan rahsia sebenar bagaimana untuk anda menjadi jutawan di dalam masa tiga tahun, jika anda
tidak mempraktikkan ilmu yang diajarkan di dalam ebook tersebut, ianya hanyalah pelaburan yang tiada apa-apa pulangan untuk anda.You gain the knowledges but you never get your return oninvestment (ROI), simply because you didn’t TAKE ACTION.
*NOTA: Saya sama sekali TIDAK menghalang anda untuk membeli mana-mana ebook yang diterbitkan dipasaran. Malah salah satu perniagaan Internet saya juga adalah model produk
digital ebook. Masalah disini adalah, anda JANGAN hanya membeli dan membaca, akan tetapi MEMPRAKTIKKAN apa yang diajarkan di dalam ebook tersebut.
Tambahan: Satu kajian telah dilakukan terhadap sistem pelajaran pada tahun 1969 untuk mengkaji tahap keberkesanan kaedah-kaedah pembelajaran.
Maka dari situ terciptalah 'Cone Of Learning' (Pencipta asal: Edgar Dale) yang menunjukkan bahawah tahap paling rendah di dalam pembelajaran adalah membaca manakala tahap
tertingginya pulang adalah mengambil tindakan. Lihat betapa jauhnya perbezaan antara membaca sahaja dan mengambil tindakan.
Pembohongan # 4 : Menghantar Emel-emel SPAM Akan Menjadikan Produk Anda Laris Sekaligus Anda Akan Kaya! Menghantar emel SPAM tidak akan menjadikan anda jutawan dalam sekelip mata. Percayalah.Lagi satu pembohongan TIDAK BERETIKA.Tidak, anda tidak akan menjadi jutawan dengan menghantar emel kepada mereka yang anda sendiri pun tidak kenal, dan saya ada alasan mengapa saya berkata begitu: “Bayangkan Anda Sekarang Seorang SPAMMER Tegar...”
1. Anda akan membazirkan masa anda sahaja menghantar emel promosi sebegini. Selain dari emel anda akan memasuki folder SPAM, anda juga sebenarnya seolah-olah bertindak seperti jurujual yang masuk kerumah prospek TANPA memperkenalkan diri terus masuk ke dalam rumah mereka. Jika situasi ini berlaku pada diri anda (atau ahli keluarga anda) yang lain, adakah anda masih lagi boleh bersabar dengan penjual tersebut? Jika TIDAK, situasinya samalah seperti 'mangsa-mangsa' SPAM anda.
2. Kredibiliti perniagaan anda akan tercalar. Ya, sudahlah mempromosikan produk secara melulu, kini kredibiliti perniagaan anda sendiri akan tercalar.Usah bicara akan penjenamaan, kerana mereka yang berjaya membina jenama yang baik dan dipercayai di Internet TIDAK SAMA SEKALI menggunakan teknik spamming untuk mempromosikan produk-produk mereka.
3. Anda menyusahkan 'mangsa-mangsa' anda. Emel mereka digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang mereka kenal, bukannya untuk menerima emel-emel produk yang
kadangkala tiada langsung kaitan dengan mereka. Sungguh memenatkan untuk mereka memadam emel-emel SPAM anda, bukan? Penyelesaian
Saya menghentam perlakuan sumbang SPAM ini tidaklah bermakna saya membenci teknik pemasaran melalui emel ini. Tidak sama sekali. Saya sendiri menggunakan teknik ini dan
telah menjana beribu-ribu Ringgit darinya.Namun apa yang saya praktikkan disini bukanlah SPAM, tetapi teknik pemasaran emel yang lebih dikenali sebagai permission marketing.
Saya mendapat kebenaran dahulu dari pemilik emel untuk menghantar sebarang emel-emel samada berbentuk promosi atau tidak kepada mereka.Saya juga memberikan mereka pilihan andainya mereka tidak berminat lagi untuk menerima emel-emel saya, mereka boleh
berhenti dengan satu klik sahaja.
Caranya dengan membina mailing list anda dengan cara yang betul. Anda boleh mendapatkan emel-emel mereka, dengan menggunakan teknik pertukaran nilai. Iyalah, untuk anda
mendapat alamat emel mereka, tentunya anda perlu memberikan
sesuatu yang sama nilainya dengan emel mereka, kan? Gunakan perisian yang betul. Bukannya perisian seperti email harvester, email blaster dan lain-lain yang digunakan
oleh para spammer.
Gunakanlah perisian-perisian pengurusan mailing list yang mematuhi Akta CAN-SPAM (Controlling the Assault of NonSolicited Pornography and Marketing Act) 2003. Contoh perisian cadangan industri adalah seperti;
GetResponse.com
Aweber.com
EmailAces.com
Ya, walaupun anda perlu membayar sedikit untuk menggunakan perkhidmatan ini, ianya adalah lebih baik dari menggunakan teknik spamming yang pastinya tidak akan membawa sebarang
manfaat di dalam pembinaan kredibiliti dan jenama perniagaan anda sendiri.
Bacaan Tambahan:
Definisi Spammer menurut Wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/Spammer
Definisi Email adress harvesting menurut Wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/E-mail_address_harvesting
Akta CAN-SPAM (Controlling the Assault of Non-Solicited Pornography and Marketing Act) 2003:
http://www.ftc.gov/bcp/conline/pubs/buspubs/canspam.shtm
*Tambahan: Pembohongan Tahap Sederhana
Selain dari pembohongan #4 diatas, satu lagi pembohongan yang saya rasakan patut didedahkan disini adalah...Memanjangkan emel 'wasiat' dan jika anda bertuah anda akan menerima sedikit harta yang diwasiatkan tersebut!
Jika difikirkan secara logik, anda pasti dalam berfikir yang TIADA manusia yang terlalu baik untuk memberikan wang mereka kepada individu yang mereka sendiri tak kenal!
Cukup, anda punyai akal kurniaan tuhan, fikirkanlah sebaikbaiknya. Cukup untuk saya memberitahu anda yang ini adalah pembohongan semata-mata!
Pembohongan # 5 : Anda Boleh Menjadi Seperti Saya, Menjana PendapatanSehingga RM 30,000 Dalam Masa 30 HariDengan Hanya Goyang Kaki Sahaja!“There is no fast, effortless way to make money. Get-richquick schemes only work for the person selling them. Don’t waste a minute of your life trying cut corners or create
financial shortcuts. Chasing the will-o’-the-wisp of the quick buck is the surest way to DESTROY your character and undermine your career.”
-Brian Tracy, World Renownest Sales Trainer.
Satu lagi pembohongan mirip seakan-akan program 4D (Duduk Diam Dapat Duit).
Apa yang saya dapat ulas disini, YA, memang anda boleh menjana wang sejumlah begitu banyak, TETAPI dengan syarat:
1. Anda telah berada di dalam satu niche pilihan anda, dan menjadi antara leading player di dalam pasaran tersebut.
2. Saiz mailing list anda adalah berjumlah seramai 100, 000 orang atau lebih.
3. Anda membelanjakan lebih dari RM 10, 000 setiap minggu di Google Adwords, memiliki pelbagai kempen di dalam pelbagai niche untuk program-program affiliate dan juga rangkaian CPA.
4. Dan banyak lagi.Tiga contoh diatas adalah kesimpulan terbaik untuk menyatakan anda boleh menjana pendapatan sebegitu lumayan, seperti menjana RM30, 000 dalam masa seminggu sahaja! Ini kerana mereka mempunyai satu persamaan: “Mereka telah berpengalaman dan berkepakaran di dalam bidang yang mereka ceburi.” Jika anda baru mengenali dunia Internet, lantas diberikan janji-janji manis RM30, 000 dalam masa 3 hari, 3 minggu ataupun 30 hari...
“JANGAN Berjalan, Sebaliknya Lari JAUH-JAUH!”
Jika anda sendiri baru mengenali apa itu HTML, apa itu autoresponder, apa itu Pay Per Click, adalah lebih baik anda memfokuskan diri anda kepada menambah ilmu pengetahuan anda kepada perkara-perkara asas yang anda WAJIB tahu sebelum memulakan sesebuah perniagaan Internet. Berhenti dari membeli 'impian-impian' kosong ini, samada ianya di dalam bentuk video, ebook dan sebagainya.Saya tidaklah berkata ianya TIDAK mustahil, tetapi adalah
TIDAK sesuai untuk anda yang masih lagi tercari-cari tapak sendiri untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri. Dengan kata lain, jika anda merangkak, jangan memilih untuk
terus berlari. Anda perlu berjalan terlebih dahulu, barulah anda boleh berlari, bukan?
Tepuk dada tanya kemampuan, keyakinan, dan pengetahuan anda sebelum menetapkan sesuatu target.
Menurut Dan Lok, seorang guru pemasaran 'direct response' antarabangsa, beliau menyatakan terdapat 7 tahap bagi seorang usahawan Internet itu. Ianya adalah;
Tahap 1 - The Mooches
Secara ringkas, ‘The Mooches’ adalah mereka yang: Mempercayai Internet bukanlah tempat untuk menjana sebarang pendapatan; Internet hanyalah tempat untuk berseronok.
Kemahiran yang rendah di dalam teknik pemasaran.
Kurangnya motivasi untuk berjaya.
Bersikap rendah diri dan takut untuk mencuba.
PERCAYA bahawa kekayaan itu adalah kebetulan sahaja dan bukannya hasil dari kemahiran dan kerja keras.
Tahap 2 - The Wanna-Be
‘The Wanna-Be’ berada diatas sedikit dari ‘The Mooches’.Dan mereka di dalam bahagian ‘The Wanna-Be’ ini memilikisifat dan personaliti seperti:
Sama seperti ‘The Mooches’, yakni kurangnya motivasi untuk berjaya.
Mahu wang tetapi tidak tahu bagaimana untuk
mendapatkannya.
Gagal untuk bertanggungjawab ke atas segala tindakan
didalam hidup mereka.
Mudah menjadi mangsa penipuan scam. Golongan ini melaburkan wang mereka di dalam peluang-peluang murah, mempercayai kononnya akan membawa kekayaan kepada mereka suatu hari ini.
Tahap 3 - The Pretend To Be
Golongan ‘The Pretend To Be’ ini boleh diibaratkan sebagai mereka yang bekerja keras TETAPI tidak mengambil sebarang pengajaran dari hasil usahanya. Bermakan golongan ini, jika mereka gagal, mereka tidak membuat sebarang kajian atau post mortem mengapa mereka gagal.
Akhirnya mereka asyik melakukan kesilapan yang sama, kononnya mereka bekerja keras, tetapi masih tidak lagi berjaya.Golongan ini Work Hard, tetapi tidak Work Smart. Ciri-ciri golongan ini adalah seperti;
Mereka cakap banyak, namun pada hakikatnya mereka tidaklah melakukan apa yang mereka cakapkan itu. Theyjust don't walk the talk.
Kurang keberanian dan takut kepada ketidaktahuan.
Mereka hidup di dalam sangkaan mereka sendiri yang salah.
Mereka mempercayai adanya masa yang sesuai dan tidak untuk melakukan sesuatu.Hakikatnya mereka tidaktahu SEKARANG adalah masa yang paling tepat!
Tahap 4 - The Newbie
Di tahap keempat ini adalah tahap untuk ‘The Newbie’. ‘The Newbie’ mempunyai sikap-sikap yang sangat positif seperti keinginan untuk mempelajari ilmu-ilmu baru, mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan, namun kekurangan pengalaman.
Golongan ini mempunyai pegangan tersendiri iaitu "If you want something done, you gotta do it yourself." Ini bermakna mereka akan melakukan KESEMUA kerja-kerja berkaitan perniagaan mereka, dan secara langsung ianya tidak memberi peluang kepada mereka untuk memperkembangkan perniagaan mereka.
Ciri-ciri untuk golongan ‘The Newbie’ ini adalah;
Kebanyakan dari usahawan Internet JATUH di-level ini.
Mereka keliru dengan pendekatan yang betul untuk memasarkan sesuatu produk.Kurangnya pemahaman terhadap asas di dalam pemasaran.Tiada visi. Gagal untuk melihat perniagaan mereka dari segi jangka panjang.
Tahap 5 - The Marketer
‘The Marketer’ telah mencapai tahap dimana mereka hampir mencapai kejayaan tersendiri. Mereka telah menjana pendapatan akan tetapi mereka kurang dari segi cita-cita untuk membina sebuah perniagaan berasaskan Internet, dan bukannya hanya memiliki laman web yang menjana pendapatan sahaja.
Mereka ini mempunyai ciri-ciri seperti;Takut untuk keluar dari zon selesa mereka, walaupun
menjana pendapatan yang tinggi dari Internet.
Kebanyakan memilih untuk 'bermain untuk tidak kalah' dari 'bermain untuk MENANG'.
Memiliki perniagaan yang berpotensi untuk dibawah ke tahap seterusnya.
Tahap 6 - The Master
‘The Master’ adalah jutawan. Mereka mempunyai pendapatan 6 angka setahun. Mereka adalah leader di dalam industri mereka. Mereka berpengalaman bekerja di dalam pelbagai
jenis perniagaan. Keupayaan utama ‘The Master’ adalah, mereka boleh memasuki mana-mana sahaja niche, walaupun niche yang mereka masuki itu bukanlah niche kepakaran mereka dan mereka tiada pengalaman di dalam pasaran niche tersebut.
Ciri-ciri mereka dibahagian ‘The Master’ adalah seperti;
Mereka meng-outsource hampir keseluruhan perniagaan
mereka kecuali pemasaran
Tidak pernah berhenti belajar-sentiasa ingin menambah ilmu dan membuat pelaburan untuk diri sendiri.
Mempunyai visi yang jelas dengan apa yang mereka inginkan.
Percaya pada diri sendiri dan keupayaan yang mereka ada.
Tahap 7 - The Entrepreneur
Inilah tahap terakhir didalam hirarki seorang usahawan Internet, ‘The Entrepreneur’.
‘The Entrepreneur’ adalah mereka yang telah mencapai kejayaan tertinggi di dalam hidup mereka.
Mereka menggaji individu-individu yang lebih cemerlang dari mereka untuk memastikan kejayaan perniagaan mereka.
Ciri-ciri ‘The Entrepreneur’ adalah mereka yang; Memiliki visi dan sifat keusahawanan yang tinggi.Membawa perniagaan mereka menjadi public.
Sentiasa meningkatkan modal.
Menggaji pengurus professional untuk menjalankan perniagaan mereka.
Penyelesaiannya disini, BUKAN sahaja anda membaca senarai tahap-tahap di atas, apa yang anda MESTI lakukan adalah; “Tahu Tahap Anda Sendiri” Ketahui tahap anda. Ketahui kemampuan anda. Ketahui pasaran anda. Fokus kepada kekuatan anda dan JANGAN sesekali cuba untuk mendapatkan sebarang formula (kononnya) untuk cepat kaya dengan bergoyang kaki sahaja.
TERKINI :Elakkan Diri Anda Dari Menyertai Skim IniKini saya dapat melihat satu 'trend' baru scammers di Malaysia untuk mengaut duit anda dengan 'mudah'. Caranya adalah dengan membina laman web yang bercirikan dibawah:
Konsep 'reseller'
Menggunakan kaedah 'forced matrix' (kononnya setiap
reseller akan mampu menjana pendapatan sehingga RM XX,XXX dengan mudah.
Menggunakan ebook-ebook berbayar usahawan Internet lain sebagai produk utama mereka.
Menjual ebook dan perisian lain secara pukal.
JANGAN SERTAI SKIM-SKIM SEPERTI INI!Maaf jika tulisan saya sedikit besar. Namun itulah pendirian saya. Dan dibawah adalah SEBAB mengapa sayaberpendirian sedemikian:
Program ini menggunakan produk orang lain TANPA kebenaran pemilik produk tersebut.
TIADA langsung sebarang nama pemilik laman web/program diletakkan didalam laman web tersebut.
Dari situ ia jelas menunjukkan bahawa pemilik program ini DENGAN MUDAH AKAN MELARIKAN WANG ANDA sekiranya terdapat sebarang masalah dikemudian hari. Iyalah,
siapa yang hendak dipersalahkan, kan?
TIADA faedah kepada anda. Skim-skim sebegini biasanya akan menguntungkan penganjur-penganjurnya sahaja.
Bukankah lebih baik anda mencipta produk anda sendiri daripada menjual hak orang lain, lagi banyak untung yang anda akan dapat, kan?
Jadi, adakah anda ingin berurusan dengan mereka yang TIDAK dikenali seperti penganjur program-program reseller seperti diatas?
Fikir-fikirkanlah.
Kesimpulannya...
Setelah anda dibentangkan dengan lima pembohongan ini, saya amatlah berharap ia dapat memperbaiki mind-set anda, sekaligus dapat menghindarkan anda dari menjadi salah seorang dari mangsa penipuan-penipuan SCAM di Internet. Business is still business. Perniagaan Internet tiada bezanya dengan perniagaan konvensional.Perlukan kerja keras, konsisten, fokus, dan tidak mudah putus asa. Maaf sedikit ber-cliche, namun inilah realitinya. Moga dengan pendedahan melalui laporan ini, anda selepas ini…
“TIDAK Akan Lagi Menjadi MANGSA Penipuan Skim-Skim Cepat Kaya”
Saya boleh memilih untuk menyenaraikan satu persatu skimskim cepat kaya ini, namun ini bukanlah tujuan saya menulis laporan ini.
*NOTA:
Laporan ini bertujuan untuk mendidik anda bagaimana untuk membina sebuah mind-set perniagaan yang betul dan beretika. Anda kini telah ditunjukkan jalan, sekarang semuanya
tertakluk kepada diri anda sendiri.Berfikir dahulu sebelum menyertai peluang-peluang kekayaan jangka pendek. Semoga sejarah lama tidak akan berulang lagi. Wassalam.
“Keep away from people who belittle your ambitions. Small people do that, but the really great make you feel that you, too, can becomegreat.”
-Mark Twain-
”He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life.”
-Muhammad AliSumber-