Tuesday, September 18, 2007

5 LANGKAH BUKA PERNIAGAAN SENDIRI

Membuka perniagaan sediri mungkin menjadi dambaan bagi ramai orang.namun memulakan sesebuah perniagaan tidaklah semudah memetik jari.ada perkara-perkara yang harus dipersiapkan,direncanakan dan dilaksanakan dengan ketekunan.semak beberapa tip tentang bagaimana mempersiapkan diri untuk membuka perniagaan.

Lakukan kajian terlebih dahulu

Kajian merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan.lakukan kajian terlebih dahuli misalnya di pasarraya,kedai runcit,pasar malam dan sebagainya.tentukan siapa pengguna yang bakal membeli barangan yang ingin kita pasarkan.tentukan mana yang akan jadi sasaran utama anda atau pelanggan anda menjadi lebih kecil.fahami perbezaan antara pasar raya dan di mana anda menarik perhatian pelanggan.

Jaminan kewangan

Kewangan boleh menjadi masalah yang terbesar sebelum anda membuka sesebuah perniagaan tetapi ada beberapa jenis pilihan yang tersedia untuk mendapatkan modal.anda boleh memilih program keusahawanan dalam membangun perusaan kecil-kecilan.anda boleh memulakan untuk mengajukan pinjaman pada bank yang untuk perniagaan industry ringan misalnya atau anda boleh membuat pinjaman peribadi di bank selain memilih rakan perniagaan yang memiliki kewangan yang stabil.

Ciptakan imej atau posisi jualan yang baik

Mulakan dengan membangunkan imej perniagaan anda.’Branding Image’ anda dikalangan masyarakat luar dan juga kepada para pelanggan yang menjadi sasaran anda.ianya termasuklah dalam soal strategi penjualan.kembangkan ‘tagline’ anda dan tumpuan kepada pelanggan –pelanggan yang sesuai dengan produk yang anda pasarkan.ciptakan sebuah imej yang mampu membuat anda dipercayai dan diyakini oleh kelompok sasaran pelanggan anda.

Berhenti berfikir untuk mendapatkan laba secepat kilat

Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk sesebuah perniagaan itu maju dan Berjaya dalam masa yang singkat.kebanyakkan perniagaan memerlukan waktu dan usaha,bahkan untuk memulakan sesuatu perniagaan,anda perlu berusaha dengan lebih keras bagi mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.saat anda memahami bahawa tiada jalan singkat untuk mendapat kejayaan selain tiada kejayaan tanpa usaha,anda tidak seharusnya menaruh harapan secara berlebihan atau sesuatu yang realistic.persiapkan usaha,pengorbanan dan bahkan kemungkinan mengalami kerugian.anda tidak akan menjadi kaya raya hanya dalam sekelip mata tetapi anda boleh berusaha ‘mencipta’ secara bertahap.walau apa pun,yang pentingnya ialah semangat untuk terus berusaha sehingga Berjaya.

Pilih rakan perniagaan yang tepat

Jika anda mencari rakan niaga,pastikan amda memilih yang tepat dan serasi.pilihlah rakan perniagaaan yang memiliki latar belakang perniagaan.pengalaman yang diperolehi oleh rakan anda dapat membantu anda memajukan perniagaan.anda juga boleh memilih rakan perniagaan yang memiliki kewangan yang kukuh kerana mereka mewakili kredit yang bagus untuk menjamin perniagaan yang bakal dibuka.

No comments: