Sunday, September 16, 2007

mana yang bagus dipangil


assalamualaikum..
kalau kita lihat pada gambar disebelah mana yang bagus dipanggil.katakanlah nama pembawa motosikal ini mamat dan yang memboncengnya beruknya.beruk tu nak di panggil apa ye...beruk mamat atau mamat beruk.kalau panggil mamat dahulu kemudian panggil nama beruk dah jadi mamat beruk.kalau panggil beruk mamat ok jugak ye.renung-renungkan.

Sunday, September 9, 2007

interview bersama ultraman


Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.

Me: Konichiwa, Ultraman-san!
Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?
Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?
Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?
Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?
Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?
Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!
Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?
Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?
Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic shit.

Me: Wow, marahnya Ultraman.
Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.
Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?
Ultraman: Adalah sikit-sikit.



Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?
Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.
Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!

Ramadhan hampir tiba

Kedatangan Ramadhan perlu disambut dengan perasaan riang gembira. Hati yang gembira merupakan lambang kepada keyakinan dan keikhlasan hati kita kepada bulan yang dimuliakan ALLAH dan rasul-rasulNYA. Inilah gesaan Islam apabila menjelangnya hari-hari kebesaran Islam, lebih-lebih lagi Ramadhan yang dianggap sebagai “bulan ibadah”.

Apabila kembali kepada sirah Rasulullah, kedatangan Ramadhan inilah saat yang amat ditunggu-tunggu Rasulullah dan para sahabat. Kedatangan Ramadhan menjadikan mereka sangat ceria dan semakin sibuk dengan amal ibadah kepada ALLAH taala. Kemeriahan ibadah pada Ramadhan mengalahkan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan selain di bulan Ramadhan. Bahkan yang hebatnya, Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan individu yang paling sibuk beribadah di sepanjang Ramadhan.

Bagi memuliakan dan menghormati Ramadhan kali ini, marilah kita mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat supaya ibadah-ibadah kita di sepanjang Ramadhan dapat membina jati diri yang cemerlang lagi diredhai ALLAH Taala. Kita perlu memuliakan Ramadhan dengan acara-acara yang disukai ladi diredhai ALLAH. Antara amalan-amalan yang perlu diutamakan pada Ramadhan ialah:-

  1. Berpuasa dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.
  2. Jauhi sama sekali percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati ALLAH.
  3. Berusaha seberapa yang boleh untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah seperti solat Tarawih, tahajud terutama pada malam Lailatul Qadar.
  4. Pastikan sumber makanan dan minuman kita sepanjang bulan ini jauh dari sumber-sumber haram atau yang meragukan supaya ibadah puasa dan doa kita diterima ALLAH.
  5. Berusaha untuk berbuka puasa beramai-ramai kerana pahalanya sangat besar daripada berbuka bersendirian.
  6. Sentiasa melakukan solat lima waktu berjemaah.
  7. Banyakkan sedekah pada bulan ini kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
  8. Awasilah diri anda daripada menghabiskan waktu tanpa faedah kerana bulan ini bulan ibadah.
  9. Jika berupaya, kerjakan umrah dalam bulan ini kerana umrah pada bulan Ramadhan sama dengan sekali ibadah haji.
  10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur adalah sunah Rasulullah.
  11. Segerakan berbuka, sebaik-baik sahaja matahari terbenam.
  12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya anda meneruskan ibadah puasa ini dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas besar.
  13. Banyakkan zikir pada bulan ini terutama dengan membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik zikir, supaya anda beroleh pertolongan dan syafaat Al-Quran pada hari akhirat.
  14. Peliharalah lidah anda daripada berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya di sepanjang bulan ini, kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadhan lebih besar dosanya.
  15. Segala gerak-geri dan tindakan anda pada bulan ini hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar daripada batas-batas kesederhanaan.
  16. Pastikan diri anda dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH dan mentaati segala suruhanNYA.
  17. Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripadaNYA terutama ketika berbuka dan bersahur.
  18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya mereka dikurniakan kesejahteraan.
  19. Bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang bersungguh-sungguh sepanjang masa, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
  20. Setelah selesai puasa Ramadhan, teruskan pula dengan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal kerana pahalanya seumpama berpuasa sepanjang tahun.
  21. Teruskan dengan iman, takwa dan amal-amal yang soleh, sekalipun bulan Ramadhan sudah selesai hingga anda meninggal dunia.
  22. Banyakkan ucapan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. terutama pada hari Jumaat.

Islam mengatur satu cara hidup khusus untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Cara hidup ini apabila dijadikan ikutan, akan dirasai pula hikmah yang tersirat di sebalik ibadah bulan Ramadhan samada dari aspek pembinaan jasmani maupun rohani. ALLAH menjanjikan ganjaran yang teristimewa kepada orang-orang yang berpuasa. Ganjaran ini tiada pada ibadah-ibadah lain kecuali ibadah puasa sahaja. Ia menjadi ‘pemberian peribadi’ ALLAH kepada hambaNYA yang benar-benar menunaikanibadah puasa. Dalam sebuah hadis Qudsi, ALLAH Taala menjelaskan: “Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala, kecuali pahala puasa, ia (puasa) untukKu dan Aku akan membalasnya.” (Riwayat Muslim)

Ibadah puasa mengajar kita erti kesabaran dan sifat amanah. Kita dituntut supaya sabar mengharungi kesusahan di sepanjang Ramadhan. Kita juga dituntut melaksanakan setiap amalan di sepanjang Ramadhan dengan penuh amanah, demi menunaikan amanah yang diwajibkan ALLAH kepada kita. Hasil pengorbanan besar ini, layaklah kita mencapai martabat taqwa di sisi ALLAH.