Monday, March 16, 2009

Vokalis Saujana dedah imej sebenar

ekas penyanyi nasyid kumpulan Saujana iaitu kumpulan nasyid yang dahulunya terkenal dengan penyanyi-penyanyi kumpulan ini yang terdiri dari pelajar-pelajar cemerlang. Kumpulan ini yang pernah popular suatu masa dahulu tetapi senyap kini mungkin kerana anggota kumpulan ini yang sibuk dengan pelajaran.

Namun begitu, nama kumpulan nasyid Saujana digegarkan semula dengan kemunculan salah seorang anggota nasyid kumpulan ini iaitu Khairul Idzwan Baharin yang dikenali kini Dr Khairul Idzwan Baharin,27 dengan penampilan yang amat berbeza sekali berbanding dengan imej nasyid dahulu di program realiti One In A Million (OIAM).

Mungkin beliau ingin meniru jejak langkah Faizal Tahir dahulu yang sebelumnya adalah penyanyi nasyid kumpulan Nirwana, tetapi jika Faizal Tahir muncul dengan imej rock manakala Khairul Idzwan Baharin muncul dengan imej lebih lembut pula!

bekas nasyid Saujana One In A Million @ isuhangat

bekas nasyid Saujana One In A Million @ isuhangat

Dr Khairul Idzwan Baharin seperti mendedahkan imej sebenar yang dahulunya di tutup dengan imej berkopiah. Saya macam tak percaya tapi kalau benar itulah Khairul Idzwan Baharin bekas vokalis Saujana, harap beliau berubah semula seperti dahulu.

Apalah sangat dengan dunia glamour, Khairul Idzwan Baharin pun dah bergelar Doktor.


info dari saudara Asrol kredit to isuhangat

Mek Siti kahwin orang istana

gambar kahwin Mek Siti

Pelakon sitkom Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah Fatiha Yazid, 26, atau lebih dikenali sebagai Mek Siti, selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohd. Hariff Ghazali, 34, oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, (14/3). Terbaru, dia membintangi drama Julia Juli di Tv3.

Mek Siti yang memilih Setiausaha Sulit Raja Perempuan Kelantan itu sebagai teman hidup, dihadiahkan gelang tangan emas bertatah berlian bernilai RM10,000 dalam upacara membatalkan air sembahyang.

Mek berkata, beliau berkenalan dengan pasangannya itu sejak empat tahun lalu apabila sering berurusan untuk mengadakan persembahan di istana.

“Ciri-ciri yang ada pada suami, iaitu menghormati dan menyayangi keluarga saya seperti mana menyintai saya amat memikat hati. Dia ikhlas menerima Mek seadanya,” kata Mek Siti.

Sumber: Utusan