Namun begitu, nama kumpulan nasyid Saujana digegarkan semula dengan kemunculan salah seorang anggota nasyid kumpulan ini iaitu Khairul Idzwan Baharin yang dikenali kini Dr Khairul Idzwan Baharin,27 dengan penampilan yang amat berbeza sekali berbanding dengan imej nasyid dahulu di program realiti One In A Million (OIAM).
Mungkin beliau ingin meniru jejak langkah Faizal Tahir dahulu yang sebelumnya adalah penyanyi nasyid kumpulan Nirwana, tetapi jika Faizal Tahir muncul dengan imej rock manakala Khairul Idzwan Baharin muncul dengan imej lebih lembut pula!


Dr Khairul Idzwan Baharin seperti mendedahkan imej sebenar yang dahulunya di tutup dengan imej berkopiah. Saya macam tak percaya tapi kalau benar itulah Khairul Idzwan Baharin bekas vokalis Saujana, harap beliau berubah semula seperti dahulu.
Apalah sangat dengan dunia glamour, Khairul Idzwan Baharin pun dah bergelar Doktor.
info dari saudara Asrol kredit to isuhangat